GENG-GENG SEHALUAN

gwa tidak bertanggungjawab langsung..jika ceritera dalam blog ni kena BATANG HIDUNG KORANG

Monday, January 10, 2011

BERUANG Dengan 2 orang PEMBURU

Salam semua...
Ada satu cerita..zaman dahulu kala...time aku budak sekolah rendah lagi...



Pada suatu hari,2 orang pemburu Abu dan Bakaq masuk ke hutan untuk berburu.Abu membawa golok dan parang dan Bakaq dengan sikapnya yang suka bakar-bakar mestilah tidak ketinggalan membawa mancis,minyak tanah,lighter,periuk nasi dan sebagainya.Kebiasaanya,mereka ke hutan selama 2 hari 2 malam.mereka berburu bukanlah memburu binatang ekzotik tetapi memburu beberapa ekor kijang untuk mengambil darahnya untuk dijadikan minyak wangi berjenama Kasturi.Walaupun dimasa itu Hang Kasturi sudahpun termashor di Negeri Melaka.

Selepas sehari suntuk berburu,hari pun makin senja.mereka mencari tempat untuk berteduh untuk tidur malam hari.Kijang yang dicari tidak ketemuan akan tetapi mereka hanya memperoleh beberapa ekor Kancil bolehlah untuk dijadikan santapan.Mereka berteduh dikawasan berhampiran sungai untuk memudahkan mereka mendapatkan bekalan air,untuk mandi dan khodo hajat.Abu telahpun selesai menyembelih kancil dan membasuhnya untuk dimasak.

Abu pun tanya Bakaq...
Abu :".Bakaq...hang bawak nasik dak..??...
Bakaq : .."..mana ada bai...kalau bawak nasik..dari kemarin lagi...basi la..."....
Abu : ..."eh..nasik pulak...beras la.."...
Bakaq : .."..aku dah bawak periuk..patut hang la bawak beras.,,yang hang pi bawak golok,parang pisau 2-3 tu buat apa..."...
Abu :."hang la...ada ka bawak periuk tak bawak beras..seluloi hang yang bawak.."..
Bakaq :..." asyik aku ja dok bawak beras..hang tau mentekedarah ja..hang ingat senang ka nak buat beras."nak kena tanam padi..nak tunggu berapa bulan...baru boleh kerat...kena memukoi lagi..kena traktor..menggala apa semua..yang hang sedap ja dok balun.."..
Abu :.."..okay-okay...toksah dok cakap banyak...hang tak nampak aku dok pegang apa..sat lagi golok ni elok dok sembelih Kancil..kot aku pi sembelih hang pulak kot.."
Bakaq :..."...kkkk...rileks la bai...takkan aku mengomel sikit hang marah..??...kalau hang sembelih aku pun..hang nak kena pinjam lighter kat aku..kalau tidak hang nak bakaq macamana?.."
Abu :.." gila ka..tak mau la aku nak makan daging Bakaq.."

Lepas depa dok mengkelahi,Bakaq pun bakaq kayu unduk dijadikan ungun api untuk bakaq kanci tadi.Lepas melahap depa pun tidoq nyenyak senyap sepi..dah perut kenyang.

Keseokan paginya,selepas mereka selesai menyorok...mereka pun meneruskan perjalanan mencari Kijang.Baru sahaja mereka keluar dari tempat tiba-tiba sekawan kijang 5-6 ekoq melintasi mereka.Dengan kepantasan Bakaq yang merupakan sharp shooter kampung mereka mengeluarkan sumpit dan 'terbi/lastik".Dengan kemahiran yang ada,Bakaq sempat sumpit dan terbi 5 ekoq kijang.Perghhh...terer giler.Gaban pun kalah.Mereka begitu gembira dan membuat keputusan untuk balik ke kampung dengan hasil buruan mereka.
Dalam perjalanan pulang ke kampung,mereka terserempak dengan seekor Beruang.Mungkin kerana bau darang Kijang seakan-akan bau minyak wangi Kasturi menarik perhatian Beruang tersebut.Kebiasaanya beruang hanya memakan madu,akan tetapi tarikan bau darah kijang menarik perhatian beruang tersebut.Tanpa berlengah,Bakaq sniper terus lari meninggalkan member dia Abu.Apabila Bakaq meninggalkan Abu,maka tak cukup lengkaplah hukum "pembakaran".Kalau dah bakaq last sekali mesti jadi Abu.
Bakaq pun lari,lempaq semua hasil buruan dan terus lari menyelamatkan diri dan terus memanjat pokok.Abu dengan sikapnya yang sentiasa blur hanya terpinga-pinga dan memikirkan apa yang harus dibuatnya.



Abu :.."..wei Bakaq,hang memang cilanat,lari sensorang..selfish betul..habis aku ni macamana..?:
Bakaq :.."..yang hang dok tercegat lagi kat situ buat apa?..cepat arr panjat pokok ni..
Abu :.."aku mana reti nak panjat-panjat nih..wei..tolong wei..Beruang tu mai dah.."
Bakaq : ..:"habis tu aku nak buat macamana?..takkan nak turun angkat hang kot..?
Abu :.."..wei tolong wei..TOLONG......"
Bakaq : ..."abu,aku ada satu IDEA...hang buat-buat MATI...beruang tak serang orang MATI.."
Abu :.." gila apa..hang tau mana?...mana ada National geograpik lagi zaman ni..takpa la..buat-buat MATI..last sekali pun mati jugak...huhuhuhuhu..."

Beruang tu pun menghampiri mereka.Bakaq terketaq-ketaq atas pokok.Abu tak ketaq la,sebab dia "MATI".Beruang tersebut menghampiri Abu dan menghidu-hidu ABu..Bakaq hanya melihat dari atas dan tidak berbuat apa-apa walaupun sumpit masih ada di tangan Bakaq.Beruang tersebut terus menghidu-hidu Abu dan seolah-olah membisikkan sesuatu di telinga ABu.Selang beberapa puluh minit,beruang tu pun beredar dari situ.

Bakaq pun turun dari pokok dan Abu bangun dari "MATI" nya.
ABu :.."..pergh..nasib baik,nak terkencin dah aku tadi..."
Bakaq :.."..kussss semangat..nasib baik betul....eh tadi aku nampak macam beruang tu dok bisik-bisik kat telinga hang...dia bisik apa.."
Abu :.." HA...ni la MORAL cerita ni...beruang tu kata..."HANG JANGAN DOK KAWAN LA KALAU JENIS KAWAN YANG SELFISH "..KAWAN JENIS NI DIA PENTING DIRI DIA JER..KALAU DALAM KESUSAHAN DIA LARI MENINGGALKAN HANG DAN SELAMATKAN DIRI DIA JER DAN TAK PEDULIKAN HAL ORANG LAIN..."..tu la beruang tu bisik kat aku...
Bakaq :..."hang ni biaq betoi..macam perli aku jer...sat lagi kot,sumpit ni dok elok boleh sumpit beruang tadi..aku sumpit hang ..."
Abu :.."..dah..dah..aku takmau berkelahi dengan hang..ni..hang tengok kat pinggang aku..ada apa... GOLOK ni..kot takdan nak sumpit..hang aku sembelih dulu..dah-dah stop!..kita pun dah selamat..jom kita blah..nati gelap, sesat pulak...hang pi ambik kijang yang hang lempaq tadi.."

Mereka pun balik ke kampung.

4 comments:

  1. ini kes,
    mula-mula pergi cari makan,
    pastu makan sama-sama,
    bab kena makan dengan beruang tu.. 'jual ikan'

    ReplyDelete
  2. zaman skrg mana pergi kena bawak pistol kot...apa2 hal tembak je! hehe...mcm cite FASTER semalam...

    ReplyDelete
  3. salam...
    baguih cerita hang ni..
    naik ralit aku baca..
    moralnya pilihlah sahabat
    yang boleh di buat kawan..

    ReplyDelete

komen la..jangan tak komen..komen elok-elok...kalau komen tak elok pun..biaq pi kat angpa la...mulut angpa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...