GENG-GENG SEHALUAN

gwa tidak bertanggungjawab langsung..jika ceritera dalam blog ni kena BATANG HIDUNG KORANG

Sunday, February 27, 2011

busy malayan SAUNA...

salam semua...
gwa ada sikit sibuk...
minggu nih gwa asyik melayan sauna jer...berpeluh-peluh hah...baju seluar mesti basah lencun....naik kering..turun mesti basah...hujung minggu nih kalau timbang berat badan mesti turun....

layan SAUNA atas syiling rumah.....hehehehhehe...dah start projek....elektrical wiring.....mashuk...mashuk...hehehehehehe....

mashuk kejap jer....pas tu keluarr la...ish-ish-ish..dunia la ni...duit sana sini...

malas layan TV..asyik berita pilihanraya jer...
the POLITICIAN dok sibuk "membantu" orang.....macam politik wang jer...macam rasuah jer...kenapa time nak pilihanraya jer nak bagi itu ini..nak prihatin...nak bagi itu ini..segerakan projek itu ini...MASA lain pun kan boleh buat semua tu..tak perlu tunggu time nak mengundi jer...nampak sangat kan??..lepas tu siarkan kat TV..lagi nampak kan??...aduh...macamana la gwa pergi masuk bab ni pulak...tensen-tensen...

Friday, February 25, 2011

Warna HIJAU dan MERAH biru

Salam blogspot.com.my...
Hangpa kan tau..aku kan bukak kedai top-up,fotokopi+stationery dan cyber cafe..semua bawah satu bumbung....insyallah..bulan 3 ni kot nak pecah-pecah la..nak pindah..kedai dah lama siap..oleh sebab gwa buzy sikit..tak pindah-pindah lagi...cuma nak asingkan top-up dan cyber cafe...

bila dah ada komputer..PC..printer...boleh la ambik upah taip-menaip dan print-memerint...hehehehe..bahasa ape ntah..mampoih la..janji hangpa paham dah...

selalu yang datang soh taip...ketua kampung dan JKKKK la...buat minit mesyuarat...gwa tak kira..gwa sapu semua...hijau ker...biru ker..putih..hitam..janji mashuk..
yang hijau macam biasa jer...releks jer...datang bawak draf jer..yang menyedapkan lagi ayat..aku la...yerlah..buat apa mengaji tinggi-tinggi nak buat ayat ''baek'' pun tak boleh tolong ker...depa mai bagi macam tu jer..bagi lebih kurang..ayat tergantung...fullstop pun takder...biasa la kan...aku la yang tolong bagi "up" lagi...kekadang keluar ayat genama bagai...tapi yang baguihnya..resit pun tak mintak...guna duit sendiri..alah..baru berapa kupang jer...

kalau yang biru plak...datang siap semua sekali complete full set...siap ajaq kita lagi..baguih la...baru tambah sikit ilmu...ilmu ni la aku top-up kat geng hijau..hahahahahaha...gila...janji boles...depa mai bawak siap semua sekali..aku just copy and paste ajerlah..hehehehehe...kebiasaannya..depa ni nak resit la..nak claim la..biasa la...duit kerajaan..claim la...tu pun depa kata depa FIGHTER...

bila aku dah buat kerja depa ni....aku sedikit sebanyak tau la tentang POLITIK masing-masing...itu yang membuatkan aku fening...kapla...sampai la tiba masa mengundi...mesti undi aku rosak punya...hahahahahaha...aku pangkah 2-2...hahhahhahaha..(...lawak jer ni...mana boleh habaq kat orang..rahsia ooo....)

dalam banyak-banyak tu kan...macam-macam aku dengar bunyik...gelombang merah la...biru la...tsunami la...belia 1 malaya la...

yang tak sedapnya..."...pihak pengerusi berharap agar pada mesyuarat akan datang, diharap AJK dapat memberikan pendapat dan pandangan supaya mendatangkan hasil dan memberi keuntungan semua pihak.....menang-menang...."....macam tu la lebih kurang ayat depa tu...

kena orang kampung ni baca,..mampoih...rugi la..depa tak mai dah....hehehehehheehe...

Wednesday, February 23, 2011

Camp FIRE..

Salam sebloggers...
setelah aku puas melayn NatGeo...
barulah aku tahu.....
siapa AHLI POLITIK...dan siapa PEJUANG....
dipendekkan cerita....
aku malas nak serabutkan kepala....
aku pi ambik khemah + sleping bag + torclight + kelengkapan camping kat bawah katil
aku pun merelekskan minda dengan pergi bercamping...


                                                                 mula-mula..pasang 'tent'

lepas tu..buat fire la...
baru la jadi campfire...

sambil-sambil bakaq sampah..boleh berkamping....hahahahaha...

aku saja ja bukak khemah tu..lama sangat dok terperap bawah katil...nanti reput pulak..
..malam tu aku tidoq dlm khemah sensorang..lepas tu panas la pulak...masuk dlm rumah..cari extention cable...ambik portable aircond...pasang aircond...heheheheehe..best giler camping lagunih...
sesekali buat kerja gila...hilang la sikit serabut palaotak..
dan aku pun tak la pening sangat dok pikiaq sapa POLITICIAN dan sapa FIGHTER..

hangpa...tau???
sapa??



Monday, February 21, 2011

Malu Itu..Perisai Orang Beriman



"Bila Sifat Malu Tidak Berfungsi.Biasa kita mendengar,lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga.Kalau kumbang suka kepada bunga,lelaki tentulah suka kepada wanita.Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik.Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki,baik di sekolah,di jalan-jalan raya,di pasar raya,di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang.Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Apa keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki?
Sememangnya wanita lain daripada lelaki,terdapat banyak kelainannya.Dalam sebuah hadis,Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda
yang bermaksud:
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki,lalu Allah
kurniakan ke atas mereka sifat malu" (Hadis riwayat BaihaQi)

Wanita,apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki,Kalau dia buat baik,dikagumi,apabila buat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan,apabila berpakaian seksi dilihat menggoda,dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan kepada wanita sifat malu.Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum
melakukan sebarang tindakan.Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak,hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya,hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tanduk seorang wanita.Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu.Pedulikan apa orang kata,pedulikan kalau orang tengok,tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang,seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.Dalam sebuah hadis
riwayat Bukhari, Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :

"Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu"

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan.Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji.Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat,malah neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurangmalu.Sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya.Kalau demikian,bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya,mereka tidak takut kepada Allah,tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cintakan syurga Allah.Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka.Ini tandanya mereka tiada iman.

Apabila tidak beriman,maka sifat malu yang sedia ada itu secaraautomatik akan hilang.Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana.Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam,kemunkaran berlaku,tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayangnya,wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelakimenjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.Tapi percayalah,kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya,tentulah mereka akan berpakaian sopan,berakhlak mulia,dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak.
Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaumwanita.Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

"Setiap insan pasti membuat kesilapan dan sebaik-baik manusia yang
membuat kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat"

Wallahu A'lam..

Friday, February 18, 2011

BILA AL-QURAN MULA BEBICARA

Assalamualaikum semua...
moga menjadi renungan dan iktibar serta memberi pengajaran dan diambil pengetahuan untuk dijadikan teladan

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian,kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau....
Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar
dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen 
Radio kesukaanmu
Mengasyikkan! .
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hamper melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
                               !
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolongmu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla !
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....
                             
              Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
                                Semoga bermanafaat.

Monday, February 14, 2011

ASSALAMUALAIKUM SRIKANDI KESAYANGANKU…


Sudah lama kita tidak bersua. Aku percaya engkau juga memiliki perasaan rindu yang mencengkam sepertiku.Aku rase macam nak peluk jer.Habis bantal peluk ku gomol-gomol. Namun aku tetap bersyukur kepada Allah yang kerana tidak menemukan kita. Ya, kalau aku menemuimu mungkin inilah peluang syaitan menyesatkanku dan membawaku jauh dari Allah. Walaupun begitu, aku tetap menyayangimu, sayang…

Aku masih ingat pertemuan kita yang pertama dulu, bila mata kita bertentang, tubuh badanku rasa begetar. Engkau tahu mengapa? Kerana engkau amat cantik dengan pakaianmu yang cantik dan agak seksi. Perfume yang engkau pakai…pergh !!! Mengancam betul. Sebab tu, aku tergamam sehingga badanku menggeletar…aku rasa macam nak ngap situ jugak...

Selepas tu, kita sama-sama pergi ke restoran KFC. Ingat tak lagi? Di sana, aku belanja engkau makan. Sambil makan, kita borak-borak.Aku pegang tangan kau.Kau pegang tangan aku. Kita saling berkenalan dengan lebih rapat lagi. Lepas tu, kita jalan-jalan kat Taman Tasik…Masa tu bermula episod ‘cinta sejati’ kita. Engkau memegang tanganku. Seronoknya engkau buat begitu. Tak pernah sebelum ini seorang permpuan memegang tanganku…Aku terasakan sesuatu yang aneh berlaku dalam seluaq ku. Aku pun apa lagi, menggenggam erat tanganmu. Hinggalah menjelang maghrib, baru kita pulang ke rumah masing-masing.

ps : tulisan yang senget-senget tu..aku sendiri tambah..nak bagi sedap lagi...

Malam tu aku tak boleh tidur. Ada sesuatu yang mengganggu perasaanku. Perasaan yang menyebabkan aku rasa bersalah. Aku cuba mengambil wudhu’ dan terus tidur. Dalam tidur itu aku mimpikan dirimu, sayang… Engkau datang dalam keadaan yang amat busuk dan pakaian kau kotor dengan darah dan nanah…aku bertanya ketika itu “kenapa sayang…apa dah jadi pada sayang…” Engakau hanya tunduk diam dan menitiskan air mata…tiba-tiba engkau bersuara “Tolonglah sayang, abang…”

Aku terkejut dari lamunan mimpi itu lalu dengan tak semena aku ucap “Astaghfirullah…apa yang perlu aku tolong insan yang aku sayangi ni?...”

Seminggu selepas itu, engkau menelefonku. Engkau nak jumpa aku diluar. Rindu katamu…Aku pun terus bersiap-siap dan keluar dari rumah. Sebelum sampai di tempat yang dijanjikan, aku sempat membeli sesuatu kepada sayang…Setelah sampai di tempat yang dijanjikan, engkau terus menerpa kearahku hendak memelukku, tetapi aku sengaja mengelak dengan berkata aku hendak ke tandas…

Bila aku kembali, engkau sudah siap menungguku di sebuah kerusi panjang. Aku duduk jauh darimu. Aku masih ingat apa yang kita borakkan hari tu…

“Abang ni…kenapa duduk jauh dari sayang. Dah tak sayang kat sayang ke?”
“Sayang, abang bukan tak sayang kat sayang, Cuma abang bimbang, nanti kita tak dapat duduk dekat-dekat dalam syurga nanti..”

Engkau tunduk. Aku rasa engkau tunduk tanda mengerti apa yang aku maksudkan..

“Abang, bolehkah sayang pegang dan kucup tangan abang sebagai tanda setianya sayang pada abang?”

“Sayang, andainya sayang ingin setia pada abang, tangan ini kita gunakan untuk membantu satu sama lain di yaumul mahsyar ye, sayang!”

Engkau tak jadi memegang dan mengucup tanganku. Alhamdulillah…

“Abang nak tau, semalam sayang pergi set rambut kat kedai sebab nak jumpa abang hari ni. Abang nak tengok? Sayang tunjukkan kat abang ye”

“Sayang, jangan buka tudung sayang tu. Abang takut nanti rambut sayang yang cantik tu dibakar dek api neraka.rugi je sayang setting rambut tu.”

Engkau batalkan niatmu itu walaupun wajahmu nampak sedikit kecewa.

“Abang dah seminggu kita tak jumpa kan? Sayang rindu sangat kat abang,tau!”

“Abang pun rindukan sayang. Sebab tu abang belikan hadiah ni untuk sayang.”

Engkau ambil dan buka buka bungkusan itu. Wajah kau nampak tenang ketika itu.dalam bungkusan tu aku letakkah sehelai tudung labuh, seutas tasbih dan senaskah  Al-Quran. Engkau masih menyimpannya ke,sayang? Aku berharap engkau lebih merindui Allah daripada engkau merinduiku…Selepas tu aku menceritakan mimpiku kepadamu. Fahamlah engkau mengapa aku berbuat begitu kepadamu.

Hingga hari ini kita tidak berjumpa selepas kejadian itu, Namun cinta kita tetap bersemi dan subur bersama kewangian keredhaan Allah…Aku dan engkau akan bertemu juga suatu hari nanti bila kita sama-sama bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Sayang, aku mahu berkongsi hidup di syurga bersamamu.

 Ya Allah, ampunilah kami berdua dan satukanlah kami sebagai suami isteri dengan keredhaanmu. Satukanlah kami juga di dalam jannahmu. Janganlah engkau pisahkan salah seorang dari kami atau kedua-dua kami ke dalam nerakamu yang amat perit dan pedih. Semoga Engkau ya Allah mengizinkan kami bersama selamanya di dunia dan akhirat…

Sunday, February 13, 2011

Tahap Kemalasan extreme

Salam blogspot...
Malas....segan...silu...tak rajin....kurang senang....tak larat...tak tau....malas la tu....
 Takdak haidea......
Boring...hari tu..besday anak sulung..pi sambut kat SUDARA BEACH RESORT....layan laut la..tepi pantai...
Kat Kelantan tak banyak sangat chalet n resort...sebab tak ramai yang berani nak melabur...walaupun pantai sebelah pantai timur lagi cantik dari yang sebelah pantai barat...tak ramai yang berani datang melabur..
maybe kerana pemilikan tanah yang agak sukar..hanya untuk bumiputera sahaja..orang asing/luar agak susah sedikit untuk membeli tanah diasini...
Lepas tu..bila tanah payah nak beli....tak ramai la pelabur boleh melabur...walaupun pantai di sebelah pantai timur memang cukup cantik dengan pasir memutih dan landai sesuai untuk anak-anak bermandi mandi..walaupun ombaknya agak kuat...(tengok musim la.)..
yang bukak chalet/resort sini semuanya bumiputera(Melayu la)...alhamdulillah...boleh la tengok orang melayu kita berjaya...tetapi..semua ownernya mesti ada title Dato'..Datuk...Tan Sri.. kat depan...yerlah..org melayu mana yang kaya raya nak melabur...setakat orang biasa-biasa ni..tak termampu nak buat bisnes macam tu...

K...
Saja ja pi buat besday kat situ...anak pompuan(no 2) dok merungut..."..sokmo kalau besday adam gi buat kat pantai..kalau besday adik..buat kat rumah jah.."...macam tu lebih kurang....
Nak buat macamana...dah besday dia hujung-hujung tahun....kena pulak musim tengkujuh...nak gi pata lagumana...ribut taufan hujan lebat...kesian jugak..takpa..next time kita gi pulau...

Nak mandi pantai sini buleh..tapi..kena pagi-pagi la...ombak slow sikit...tapi..musim skang ni..ombak tak kuat..biasa jer..bulah la nak mandi...
Kali ni..resort ada pool...jadi..mandi kat pool ajerlah...semua anak beranak mandi belaka-laka...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...