GENG-GENG SEHALUAN

gwa tidak bertanggungjawab langsung..jika ceritera dalam blog ni kena BATANG HIDUNG KORANG

Monday, December 6, 2010

SALAM MAAL HIJRAH

Salam maal hijrah..selamat tahun baru hijrah...

Semoga kita semua berhijrah dari satu keadaan ke satu keadaan yang lebih baik....UPGRADE...
Jangan dok 'takok' lama jer...takdak peningkatan..takdak kemajuan...takmau...tukar sikit...sikit pun takper...Islam menggalakkan...

Satu muharam detik permulaan,pengiraan tahun islam Hijrah,penghijrahan nabi dan umat islam,dari kota Mekah ke kota Madinah,atas keyakinan dan iman yang teguh,kaum muhajirin dan ansor bersatu,rela berkorban,harta dan nyawa,demi menegakkan Islam tercinta,Hijrah itu pengorbanan,hijrah itu perjuangan,hijrah itu persaudaraan,hijrah membentuk perpaduan,oleh itu mari semua,kita sambut maal hijrah,tingkatkan semangat,tegakkan syiar islam,untuk sepanjang zaman...

Berubah dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain adalah baru boleh dikatakan berhijrah...berazam sahaja tanpa perlaksanaan dan tidak beriktikad dan berusaha untuk mencapai keazaman tersebut juga tidak termasuk dalam penghijrahan...

Kalau setakat dok berazam jer tiap-tiap awal tahun...lepas tu..hujung tahun sama jugak...tak payah la nak azam-azam...tipu diri sendiri jer...

p/s : gwa...tiap-tiap tahun tak pernah berazam...cuma belajar dari kesilapan dan membuat pembetulan...tiap-tiap tahun buat pembetulan dari kesalahan tahun lepas-lepas....

No comments:

Post a Comment

komen la..jangan tak komen..komen elok-elok...kalau komen tak elok pun..biaq pi kat angpa la...mulut angpa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...